Senarai Tempat Menarik Penang Paling Best 2017

Senarai Tempat Menarik Penang Paling Best 2017 mungkin menjadi pilihan utama percutian anda sekeluarga. kami senaraikan satu persatu supaya memudahkan anda mengatur perjalanan mana yang harus dilawati dahulu dan mana yang kemudian. Lebih teratur kan seronok?

Tempat Menarik Penang – Pantai Batu Feringghi

Tempat Menarik Penang - Pantai Batu Feringghi

Pantai Batu Feringghi memang telah terkenal sekian lama. Rugi jika anda tidak singgah ke sini apabila berada di Penang. Pasir pantainya halus memutih, keadaan lautnya tenang sesuai untuk mandi-manda. Terdapat berbagai jenis aktiviti pantai yang boleh amda cuba dan sangat menyeronokkan.

Berihat di tepi pantai akan memberikan ketenangan yang lebih, terutama setelah anda terlalu sibuk dengan tugas harian di pejabat.

Jika anda merasa bosan termenung di tepi pantai, mulakan langkah mencuba banana boat, payung terjun atau menunggang kuda. Berada di waktu senja di sini sangat mengasyikkan bila dapat menyaksikan suasana matahari terbenam yang sangat indah.

Walaupun di sini terdapat banyak hotel mewah untuk penginapan tetapi anda masih boleh memilih homestay in penang yang lebih berbaloi untuk bermalam bersama keluarga.

 

Tempat Menarik Penang – Muzium Permainan Lama Penang

tempat menarik penang Ben Vintage Toys Museum Penang

Muzium Permainan lama atau Ben Vintage Toys Museum Penang merupakan tempat pameran barang permainan lama seawal tahun 40an. Yang menariknya permainan makenikal lama ini masih berfungsi sampai sekarang.

Anda boleh melihat ratusan permainan lama seperti  robot tin, kereta lama, kapal terbang antik dan banyak lagi.

Jika anda nak tahu, muzium permainan lama ini terletak di Lebuh Acheh berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling. Jangan lupa singgah di Masjid Kapitan Keling yang penuh bersejarah ini, sambil melancong sambil beribadah.

Pastilah hati merasa seronok dan dada merasa lapang. Betul tak?

Tempat Menarik Penang – Taman Tema Escape

Ingin mencabar kekuatan minda dan kelasakan diri? Berkunjunglah ke Taman Tema Escape Pulau Pinang yang telah dibuka pada tahun 2013 yang mempunyai 17 aktiviti menarik yang boleh anda dan anak-anak anda lakukan.

Dari memanjat pokok, meneroka terowong, “Monkey Business”, Go Ape, berlumba menggunaka tiub dan TERJUN dari udara menggunakan Atan’s leap.

Untuk berihat anda boleh menyewa Rumah Pokok yang menyeronokkan, sambil berihat boleh juga melihat ayam serama yang comel berkeliaran di sekeliling anda.

Bayaran masuk sebanyak RM83 dan kanak-kanak RM55

Jom terjah!! Pasti menyeronokkan.

Tempat Menarik Penang – Bukit Bendera

Senarai Tempat Menarik Penang Paling Best 2017

Daya tarikan utama Pulau Pinang suatu ketika dulu tak lain dan tak bukan ialah Bukit Bendera. Tidak sempurna lawatak ke Pulau Pinang jika tidak berkunjung ke sini. Dari puncak Bukit Bendera yang sejuk dan nyaman anda akan berseronok melihat bandar Georgetown dan laut luas yang mengembirakan.

Suhu di puncak Bukit Bendera ini keseluruhannya pada 21 darjah Celcius, cukup selesa untuk anda berihat dengan tenang sambil minum-minum bersama keluarga atau teman-teman.

Untuk sampai ke puncak Bukit Bendera anda perlu menaiki Keretapi Bukit Bendera dengan tiket RM10 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak. Inilah laluan biasa bagi pengunjung yang ingin berada di kemuncak Bukit Bendera.

Waktu menunggu mungkin mencecah 1 jam terutama dalam musim cuti sekolah. Waktu perjalanan antara 5 hingga 10 minit. Jika anda tidak suka menunggu datanglah lebih awal atau dapatkan tiket express supaya lebih cepat.

Mendaki Bukit Bendera Melalui Jungle Trekking

Jika anda seorang yang sukakan cabaran, anda boleh mendaki melalui Jungle Trakking. Terdapat dua lalui yang boleh digunakan.

Laluan pertama menggunakan jalan raya yang digunakan oleh penduduk untuk memandu ke atas bukit.

Pintu masuk ke jalan raya ini adalah hanya di sebelah kiri pintu masuk ke Taman Botani. Ia bermula agak curam untuk kilometer pertama, kemudian agak mendatar untuk 4 km di sebelah atas. Laluan ini perlu mengambil masa 2 hingga 3 jam.

Laluan kedua bermula dari dalam Taman Botani. Ia tidak begitu mudah untuk mencari laluan ini kerana ia merupakan salah satu jalan kecil yang ada dalam taman-taman yang membawa ke dalam hutan dan tidak ada papan tanda.

Sebelum bermula ada baiknya anda bertanya dengan penduduk tempatan.

Cari tempat menarik untuk bersantai malam-malam di Penang? Jom layan Gurney Drive.

Tempat Menarik Penang – Gurney Drive

Gurney Drive senonim dengan panggilan The New Esplanade, kawasan persisiran pantai ini terkenal dengan tempat menarik untuk makan-makan sambil menikmati tiupan angin laut dan melihat keindahan malam yang bergemerlapan.

Berhampiran Gurney Drive terdapat beberapa Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall untuk shopping dan berhibur.

Namun lebih best lagi berkunjung ke sini jika anda ingin pekena rojak Penang, pasembor atau char kue teow sambil santai-santai setelah penat bekerja saban tahun.

Tips Yang Berguna:

  1. Tempat makan di sini terbahagi kepada dua, halan dan tidak halal. Jadi sila berhati-hati semasa memilih gerai kesukaan anda.
  2. Jika susah mendapat parking, letakkan kereta anda di Gurney Plaza dan berjalan kaki ke Gurney Drive.

Tempat penginapan menarik di Penang yang boleh anda cari:

Sebelum memulakan perjalanan ke Penang elok jika anda mencari tempat penginapan terlebih dahulu. Sila baca Homestay in Penang dan Homestay in Penang George Town

Feri Pulau Pinang

Senarai Tempat Menarik Penang Paling Best 2017

Daya tarikan yang sangat menarik Pulau Pinang ialah Feri Pulau Pinang. Bagi kami feri Pulau Pinang sangat unik dari segi bentuknya dan dari segi perkhidmatannya. Hanya satu-satunya feri seperti ini di Malaysia. Jika anda ke Pulau Pinang anda boleh menaiki feri ini bersama-sama kereta anda. Di bahagian atas ada disediakan tempat duduk penumpang.

Maklumat berguna:

  1. Masa menunggu mungkin berjam-jam terutama pada musim cuti sekolah. Sediakan mental dan fizikal sebelum menikmati keseronokan berlayar atas feri.
  2. Perjalanan agak lama juga, bersedia menghadapi alunan ombak yang mungkin agak besar dalam masa-masa tertentu.
  3. Besabar dan berhati-hati ketika naik dan turun dari feri. Terutama semasa turun dari feri, kesilapan boleh membawa maut.

Harga Tiket Feri Penang

Kereta : RM 7.70
Dewasa : RM 1.20
Kanak-Kanak: RM 0.60

Rasailah keseronokan menaiki feri yang terbuka ini.