HOME
Home » Cameron Highlands » Tempat Menarik Cameron Highlands Keseronokan Yang Tak Terkata Bila Berada Di Sini!

Tempat Menarik Cameron Highlands Keseronokan Yang Tak Terkata Bila Berada Di Sini!

Posted at | Categorised in Cameron Highlands

Tempat menarik Cameron Highlands keseronokan yang tak terkata! jika anda berada di sini, tak kira bersama keluarga atau bersama kawan-kawan. Suasananya yang sejuk dan pemandangan alam semulajadi yang menghijau membuatkan anda seronok berada di sini.

7. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Pasar Malam Brinchang

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang - Pasar Malam Brinchang

Sedap dipandang enak dimakan, carilah dari peniaga Melayu muslim

Awas jika anda mencari makanan di sini. Carilah makanan yang dijual oleh orang tempatan kita. Elakkan dari membeli makanan bermasak dari peniaga Indonesia yang biasanya pemilik gerai adalah dari bukan Islam. Jadi kehalalannya tidak terjamin.

Keadaan lalu-lintas agak sesak kerana ruang meletak kereta yang sempit.

6. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Muzium Time Tunnel

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang - Muzium Time Tunnel

Ingin mengimbau kenangan silam? Pasti anda terkasima apabila melihat barangan lama yang simple simple terhimpun di sini. Dari radio lama hingga botol-botol minuman zaman dulu-dulu terdapat di sini. Syok berada di sini terutama bagi warga tua, apabila melihat kembali barangan sewaktu mereka kecil dulu berada di sini. Tangkap nostalgia!

6. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Rose Center Cameron Highland

Rose Center Cameron Highland

Peminat bunga ros, boleh datang ke sini. Pelbagai jenis bunga ros dan berbagai saiz yang ada. Untak mendapat pemandangan yang cantik di tanah tinggi Cameron Highlands anda perlu memanjat ratusan anak tangga untuk pergi ke tempat yang paling tinggi.

Tempat ini agak tinggi dan curam, jadi ianya kurang sesuai bagi warga tua. Anda juga harus berhati-hati di sini supaya tidak memetik bunga sesuka hati kerana anda akan didenda sebanyak RM50 bagi setiap bunga yang anda petik

5. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Taman Agroteknologi Mardi

Tempat Menarik Cameron Highlands Keseronokan Yang Tak Terkata Bila Berada Di Sini!

Taman Agroteknologi Mardi terletak di Tanah Rata. Di sini tempat pihak Mardi membuat kaji selidik berbagai jenis tanaman. Tempat ini menarik dan amat selesa berada di sini. Susun atur taman, kebun dan bangunan di sini amat teratur dan kemas.

Antara tanaman luar negara yang dikaji di sini termasuklah epel, anggur dan banyak lagi. Terdapat banyak bunga-bungaan bagi yang sukakan bunga. Anda boleh enjoy dengan bunga ros, bunga raya dan macam-macam lagi yang bersaiz besar dari biasa.

Inginkan penginapan yang selesa? Buat tempahan di Mardi Cameron Highlands English Cottage Style Homestay. Anda dan anak-anak anda pasti seronok menginap di sini. Keselamatannya terjamin di samping seronok mengalami hidup dalam sebuah rumah pegawai tinggi orang Inggeris pada suatu masa dahulu.

 

Agro Technology Park
MARDI Cameron Highlands
39007 Tanah Rata
Pahang, Malaysia.

Tel. : 605 – 491 1255
605 – 491 5945
Fax : 605- 491 2170
e-mail : wahsa@mardi.gov.my
mseth@mardi.gov.my

Weekend & Public Holiday
Tel/ Fax : 605 – 4192319

5. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Cactus Point

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang - Cactus Point

Pasti anda teruja melihat pokok Cactus yang berwarna-warni. Dari saiz yang sekecil tapak tangan sehingga kektus gergasi sebesar tempayan anda boleh lihat di sini. Jika anda peminat kektus, inilah tempatnya.

Memang seronok melihat pokok-pokok kektus yang disusun rapi, tapi awas jika ing9in menyentuhnya, anda perlu berhati-hati dengan durinya yang berbisa.

Tips untuk pelancong: Berhati-hati semasa berada di Cactus Point kerana jika anda terlanggar pasu kektus mereka, anda akan dimarahi.

5. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Pasar Kea Farm

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang - Pasar Kea Farm

Terletak di atas sedikit dari Brinchang jika dari Tanah Rata. Tempat ini merupakan tempat wajib dikunjungi. Segala hasil pertanian di Cameron Highlands seperti bunga,sayur, jagung dan keledek manis dan banyak lagi. Kesukaan ramai pelancong yang datang ke sini ialah menikmati kelazatan cendawan goreng, memang special!

Tapi awas! Kawasan ini memang selalu sesak dengan orang ramai dan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan utama.

Harga barang barang di sini lebih murah dari tempat lain. Jika anda beruntung ada saja penjual yang membuat jualan lelong dengan harga yang sangat murah. Namun sebelum membeli anda harus bertanya dahulu harga setiap barang yang dijual, takut-takut ada yang ambil kesempatan, maklumlah anda tu PELANCONG!

4. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – KHM Strawberry Farm

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang - KHM Strawberry Farm

Tidak sah lawatan anda jika tidak ke strawberry farm. salah satunya ialah KHM Strawberry Farm yang terletak di Taman Sedia Cameron Highlands. Kebun strawberry di sini bersaiz kecil dan sederhana. Namun anda pasti seronok di sini kerana selain dari boleh bergambar, memetik buat strawberry segar, anda juga boleh menjamu selera dengan berbagai-bagai produk yang berasaskan strawberry dan coklat.

Jangan lupa tempat tempat penginapan anda di homestay Taman Sedia Cameron Highlands untuk merasai keseronokan dan kesejukan malam di tempat menarik Cameron Highlands ini.

Nikmati kelazatan ais kerim strawberry dan buat starwberry segar yang disaluti coklat… perrgh!!! sedapnya!

3.Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Ladang Teh Bharat

Ladang Teh Bharat lebih mudah untuk dikunjungi kerana terletak ditepi jalan antara Renglet dan Tanah Rata. Dibuka oleh pendatang India dan merupakan ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ladang teh ini juga dikenali sebagai Cameron Valley.

Seperti ladang Teh Boh Sungai Palas, di sini juga menyediakan caferetia untuk anda menjamu selera dan menikmati pemandangan menhijau ladang teh yang sangat cantik.

Kebanyakan pelancong yang datang ke Cameron Highlands pasti singgah di sini keran terdapat tempat letak kereta yang agak luas dan lokasinya di tepi jalan utama Tapah Cameron Highlands.

Keistimewaan teh di sini, ada teh yang diadun dengan rempah ratus yang memberikan aroma dan rasa yang berbeza.

Anda dibenarkan turun ke ladang teh dengan sedikit bayaran. Mengambil gambar di sini sungguh bermakna kerana pemandangannya yang indah dan unik.

 

2.Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Ladang Teh Boh Sungai Palas

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang - Ladang Teh Boh Sungai Palas

Percaya tak jika dikatakan Ladang Teh Boh Sungai Palas merupakan salah sabuah landang teh yang terbesar di Asia Tenggara? Tidak sah lawatan anda ke Cameron Highlands jika tidak melawat ke ladang teh ini.

Ladang Teh Boh Sungai Palas ini antara destinasi terpenting yang anda mesti lawati apabila bercuti di Cameron Highlands. Selain dari menikmati keindahan kehijauan ladang teh yang terbentang luas, anda juga dapat melihat sendiri bagaimana daun teh dikisar sehingga menjadi sebuk teh. Juga terdapat galeri pelawat yang menerangkan bagaimana daun teh diproses.

Sebuah anjung cafeteria bersedia menanti anda untuk minum-minum dan sangat seronok mengambil gambar di tempat yang unik ini.

Ladang Teh Sungai Palas ini terletak agak jauh dari jalan utama, anda perlu semangat yang kental untuk memandu ke sini. Jalannya yang sempit, berliku-liku di lereng bukit yang curam. Namun ramai yang berjaya mencabar diri memandu ke sini kerana keseronokan yang bakal dinikmati sangat berbeza dari tempat-tempat lain.

Tips Pengunjung

1. Datang awal pagi jika anda mahu melihat teh diproses dari daun hinggalah ke serbuk. Bukan apa, proses ini selalunya berakhir pada jam 11 pagi.

2. Jalan masuk ke ladang ini seperti lorong kecil. Papan tandanya pun tersorok. Perlahankan kenderaan dan lihat papan tanda di kiri selepas Pekan Brinchang.

3. Jauh dari jalan besar Cameron ke pintu masuk ke ladang teh sekitar 3km. Masanya kira-kira 15 minit. Jalan yang sempit ini keadaannya seperti ular dipalu. Jadi hati-hati, bertolak ansur dan bunyikan hon di selekoh tajam

4. Siapkan duit ya? Harga makanan di ladang ini bukanlah murah. Jika berdua, sediakan sekitar RM50 untuk teh dan kek.

5. Tiada bayaran masuk dikenakan

Waktu Berperasi

Tutup pada hari Isnin
Selasa – Ahad : 9.00pg – 4.30ptg

1. Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang – Mossy Forest

Tempat Menarik Cameron Highlands Pahang

Pernah menyaksikan filem Puteri Gunung Ledang? Ramai yang katakan tempat pengambaran filem ini di Mossy Forest Cameron Highlands, menarik kan? Sudahlah tempat ini memang menarik, tambah menarik lagi ianya dijadikan lokasi pengambaran filem.

Tempat menarik Mossy Forest Cameron Highlands ini tidak ramai yang tahu, jika ada yang tahupun tidak ramai yang suka ke sana. Kerana laluannya yang agak sukar dan sempit, memerlukan perkhidmatan pacuan 4 roda barulah anda boleh sampai ke sana.

Namun kesukaran perjalana anda ke sana berbaloi-baloi kerana berada di Mossy Forest seolah-olah adan berada suatu alam lain. Hutan tebal di sini diliputi oleh lumut tebal, suasana sejuk dan menghijau sangat menyeronokkan.

Yang paling best, inilah tempat paling tinggi dan menarik di Cameron Highlands, anda boleh melihat bandaraya Ipoh dari puncak gunung ini.

Sedikit tips kepada anda yang berminat nak ke tempat menarik Mossy Forest ini.

1 – Jalan menuju ke sini sempit dan sukar serta curam, jika anda tidak biasa memandu di lereng bukit, mungkin anda akan berpatah balik kerana “kurang semangat”.

2. Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui jalan ke Ladang Teh Boh Sungai Palas dari Brinchang. Pada separuh perjalanan anda perlu masuk ke simpang menghala ke Mossy Forest yang bertentangan dengan jalan ke Ladang teh Boh.

3. Kawsan ini lembab dan sejuk, pakai pakaian yang sesuai untuk mengelakkan anda dari kesejukan.

4. Cara yang terbaik untuk menikmati keindahan tempat menarik Mossy Forest ini ialah dengan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong yang profesional.

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Cameron Highlands Keseronokan Yang Tak Terkata Bila Berada Di Sini!

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Cameron Highlands Keseronokan Yang Tak Terkata Bila Berada Di Sini!

Madani Hotel Cameron Tanah Rata

49 Homestay Cameron Highlands Murah Selesa Dan Menarik

Posted at

Homestay Cameron Highlands murah memang amat membantu ketika anda bercuti di Cameron Highlands walaupun tidak semudah membuat hotel reservations melalui online. Keunikan homestay di Cameron... Read More

Hotel Terbaik Di Cameron Highlands - Hotel Double Star Brinchang

79 Hotel Terbaik Di Cameron Highlands Untuk Percutian Anda

Posted at

Semak Hotel Terbaik Di Cameron Highlands untuk percutian anda, sebelum memulakan perjalanan ke sana supaya anda tidak akan merasa kecewa kerana kehabisan tempat penginapan hotel... Read More

Lily Park New Holiday Apartment Cameron highlands

72 Homestay Kampung Sungai Palas Cameron Highlands

Posted at

Homestay Kampung Sungai Palas Cameron Highlands  Kampug sungai Palas Cameron Highlands tempat terletaknya ladang dan kilang Boh Tea tempat yang mesti dilawati apabila anda berada... Read More

tempat menarik cameron highlands menjadi tumpuan

Tempat Menarik Cameron Highlands Destinasi Pelancongan Terbaik Anda

Posted at

Tempat Menarik Cameron Highlands Destinasi Pelancongan Terbaik Anda – Tanpa memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk keluar negara, di Cameron Highlands adalah terbaik untuk anda!... Read More

Penginapan Muslim Cameron Highlands Direct Owner

Penginapan Muslim Cameron Highlands Direct Owner

Posted at

Penginapan Muslim Cameron Highlands  – Apartment have 2 units in Puncak Arabella Location – Tanah Rata Cameron Highlands Penginapan Muslim Cameron Highlands Direct Owner 1.ANNISHA... Read More