HOME
Home » Port Dickson » Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

Posted at | Categorised in Port Dickson

Tempat Menarik Port Dickson terlalu banyak dan sangat menarik untuk diperkatakan. Tempat Menarik Di Port Dickson sangat terkenal dari zaman dahulu lagi. Jika anda belum pernah berkunjung di sini anda belum mengenali Malaysia. Oleh kerana ianya tempat pelancongan yang menarik dan antara yang tertua, segala kemudahan prasarana disediakan dengan sebaiknya. Sangat menarik apabila anda tiba di sini, anda akan melihat banyak tempat penginapan seperti hotel, resort dan homestay. Tidak seperti di tempat lain Port Dickson sangat terfokus kepada bandar pelancongan. Menarik bukan?

Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

Apa Yang Anda Dapat Bila Melancong Ke Port Dickson?

Sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik, anda dihidangkan dengan hamparan pantai yang sangat luas, hampir 1.6 kilometer panjang. Keadaan ombak yang tenang, dan pasir pantai yang putih dan halus. Hampir kesemua kemudahan asas dan penginapan yang bertaraf mewah hingga penginapan bajet terdapat di sini.

Anda hanya perlu pilih mengikut kemampuan masing-masing. Jika inginkan suasana mewah dan privasi, pilih sahaja hotel dan resort bertaraf lima bintang. Untuk bermalam di resort terapung pun tidak jadi masalah.

Corus Paradise Resort Port Dickson

Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

Pertama sekali pasti anda mencari-cari tempat penginapan yang menarik dan selesa. Corus Paradise Resort akan menarik hati anda sebaik sahaja anda tiba di hotel paling cantik di Port Dickson ini.

Menuruni anak tangga yang menarik, anda akan terpesona merasai hembusan bayu nyaman ke muka anda dan melihat keindahan Selat Melaka.

Corus Paradise Resort menyediakan 200 bilik suite dengan kelengkapan moden. Inilah tempat penginapan paling sempurna dan menarik di Port Dickson.

Pantai Teluk Kemang

Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

www.yanty.my

Pantai Teluk Kemang sangat popular sebagai tempat pelancongan dan terpilih sebagai salah sebuah tempat menarik Port Dickson di kalangan pelancong tempatan dan seluruh dunia. Mempunyai pantai yang indah dan bersih.

Kemudahan awam berkualiti dan dijaga dengan baik oleh pihak berkenaan sebab itulah pantai ini menjadi pilihan terbaik kerana tawaran kemudahan yang menarik.

Aktiviti sukan air juga cukup merangsangkan untuk berkunjung ke sini. Antara aktiviti yang boleh anda cuba seperti banana boat ride, buggy ride, speed boat, jet ski, bola tampar pantai dan sebagainya. Inilah faktor yang menjadikan Teluk Kemang terpilih sebagai tempat menarik di Port Dickson.

Alive 3D Art Gallery

Tempat Menarik Port Dickson

Daya tarikan tempat menarik Port Dickson terbaru di Port Dickson?  Berkunjunglah ke Alive 3D Art Gallary anda pasti merasa seronok untuk bergambar di sni. Anda bebas bergambar di galari ini sepuas-puasnya dengan latar belakang gambar tiga deminsi yang menakjubkan. Gambar seolah-olah hidup.

Galari yang dibina dalam sebuah rumah kedai sangat unik dan menarik namun anda akan dikenakan sedikit bayaran masuk, RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum. Pada waktu puncak anda terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket. Tempat meletak kereta disediakan dengan mencukupi.

Fasiliti lain seperti tandas, disediakan. Tidak ada lift disediakan, anda terpaksa melalui tangga untuk naik ke tingkat atas.

Usaha mewujudkan 3D Art Gallery ini menunjukkan kesungguhan pihak berkenaan mewujudkan Port Dickson sebagai sebuah tempat menarik yang unik.

P D Ostrich Show Farm Tempat Menarik Menunggang Burung Unta!

P D Ostrich Show Farm Tempat Menarik Menunggang Burung Unta

Tempat menarik Port Dickson PD Ostrich Farm, terletak di batu 9 jalan Port Dickson yang menyelusuri pantai. Perhatikan papan tanda sebelah kiri sepanjang anda menuju ke selatan jika anda dari arah utara. Selain dari burung untu, anda juga berpeluang melihat burung merak, ayam hutan, beruk dan banyak lagi haiwan pelik di sini.

Burung-burung dilepaskan di kawasan lapang yang dinaungi oleh pokok-pokok besar.Anda boleh memberi makan kepada burung-burung di sini dengan memberi makanan dalam bentuk palet di puntu masuk..

Dengan sedikit bayaran anda boleh menunggang burung unta ini dalam satu gelanggang kecil di bahagiab belakang ladang. Aktiviti menunggang burung unta amat menyeronokkan dan memberi satu pengalaman baru kepada anak-anak.

Terdapat juga sebuah restoran yang menghidangkan makanan dari daging burung unta, ini termasuklah satey daging burung unta yang lazat.

Ladang ini dibuka setiap hari dengan tiket masuk sebanyak RM8 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak. Alami keseronokan bersama fauna di tempat menarik Port Dickson setiap kalui musim cuti sekolah bersama anak-anak anda.

Pantai Saujana Port Dickson Tempat Menarik Untuk Bersantai

Pantai Saujana Tempat Menarik Untuk Bersantai

Pantai Saujana terletak di sepanjang batu 4 Port Dickson, terhampar indah hampir sepanjang 1 kilometer bermula dari Avillion Beach Resort sehingga Pantai Cahaya Negeri. Laluan masuk ke sini ialah tapak Pasar Malam Sabtu melalui jalan batu kerikil yang agak berliku untuk sampai ke temat penginapan yang agak terpencil.

Pantai Saujana menjadi tempat menarik Port Dickson kerana kawasan ini agak tenang dan damai berhampiran dengan Menara PD. Keadaan pasir pantai sangat halus dan lembut manakala keadaan lautnya jernih dan tenang.

Seperti biasa, ada saja aktiviti sukan air yang boleh dilakukan seperti banana boat riding dan jet ski.

Keadaan pasir yang landai dan luas sangat menarik jika ingin berkhemah sambil bermain layang-layang atau menyelusuri pantai sambil beriadah.

Tanjung Tuan Port Dickson

Pantai terbaik Port Dickson

nellaterradisandokan.com

Pantai terbaik Port Dickson, pantai Tanjung Tuan terletak jauh di pedalaman di tengah hutan hujan khatulistiwa. Terletak lebih kurang 17 kilometer dari pekan Port Dickson dan di hujung Tanjung.

Salah satu tempat menarik yang terpelihara indah dengan kehijauan hutan dan kejernihan air lautnya. Air lautnya sangat jernih dilengkapi oleh hamparan pasir putih yang halus dan lembut, berbeza dendan destinasi tempat menarik yang lain.

Terlindung dari binaan-binaan bangunan hotel dan rumah-rumah pelancongan, pelawat harus berjalan kaki merentasi hutan dan menurunu bukit untuk sampai ke pantai yang terpencil. Kesemuanya dihidangkan kepada anda secara semula jadi dengan pemandangan yang sangat indah.

Pantai Cermin Port Dickson

Pantai Cermin Port Dickson

Pantai cermin tempat menarik yang agak sunyi terletak di belakang Blue Lagoon dan terlindund di sebelah sana oleh Tanjung Tuan. Pantai yang terhampar luas memberikan ketenangan yang tak terkata namun ianya tetap menjadi pilihan pelancong.

Sebagaimana Teluk Kemang, Pantai Cermin mumpunyai pasir yang kekuning-kuningan tetapi mempunyai struktur yang begitu baik dengan sedikit pasir hitam yang dibawa ombak. Keadaan air sedikit keruh dan berlumpur tetapi tetap bersih dari pencemaran. Pemandangan yang cantik dengan kehijauan pokok bakau dan hutan hijau khatulistiwa.

Terdapat duabuah hotel untuk penginapan di sini, Casa Rachado dan Permaisuri Resort manakala PNB Ilham Resort terletak bersebelahan dengan Blue Lagoon.

Tempat Menarik Port Dickson – Pantai Cahaya Negeri

Tempat Menarik Port Dickson - Pantai Cahaya Negeri

Tempat Menarik Port Dickson – Pantai Cahaya Negeri adalah pantai yang menarik di sekitar batu 5 dan batu 6 Port Dickson, atas sebab itu sebahagiabn besar resort, hotel dan homestay didirikan di sepanjang perairan ini. Beberapa pendapat mengatakan Pantai Cahaya Negeri merupakan pantai terbaik Port Dickson.

Keindahan alam semula jadi yang menawarkan ketenangan diimbangi oleh prasarana moden yang memberikan keselesaan. Keadaan laut yang bersih dan air laut yang kebiruan memberikan panorama yang mempersonakan. Hamparn pasir halus yang putih akan berkilauan apabila terkena sinaran matahari senja.

Sebuah taman rekriasi ditempatkan di bahagian tanjung untuk kemudahan pelancongmenikmati panorama indah. Sebuah jambatan kayu juga terdapat di sini yang menghubungkan dengan Pulau Burung.

Grand Lexis Port Dickson Tanjung Gemuk

Grand Lexis Port Dickson

Terletak di batu 2 jalan Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson merupakan resort bertaraf mewah Tanjung Gemuk. Terletak hampir dengan bandar, dahulunya dikenali dengan nam Legend International Water Homes. Resort ini menyediakan penginapan mewah yang chalet terapung di atas air.

Setiap bilik dilengkapi dengan kolam mandinya sendiri yang lebih privasi. Mempunyai ruang separuh terbuka di bahagian balkoni yang mengarah ke laut, memberikan pandangan luas ke ufuk.

Share This Post:

Comment Closed: Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Port Dickson Destinasi Percutian Bersama Keluarga

homestay murah port dickson

Senarai Homestay Murah Port Dickson Yang Selesa

Posted at

Ramai yang tercari-cari senarai homestay murah Port Dickson yang selesa, kemasa dan bersih. Inilah Senarai Homestay Murah Port Dickson Yang Selesa   Homestay Murah Port... Read More

Mahdi Homestay Port Dickson

Mahdi Homestay Port Dickson

Posted at

Mahdi Homestay Port Dickson – 3Bilik Tidur -2Bilik Air -1Hall Utama -1Ruang Makan -1Ruang Dapur Mahdi Homestay Port Dickson juga Berdekatan: -Pantai Saujana Port... Read More

MY Homestay Port Dickson

MY Homestay Menarik Port Dickson

Posted at

Homestay Menarik Port Dickson adalah sebuah apartment terletak di tengah antara Pekan Port Dickson dan Pantai Teluk Kemang. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2... Read More

Apartment Hotel Glory Beach Resort Port Dickson

Apartment Hotel Glory Beach Resort Port Dickson

Posted at

Apartment Hotel Glory Beach Resort Port Dickson APARTMENT PERSENDIRIAN 2 DAN 3 BILIk Ingin merasai angin laut terus ke ruang tamu? Apartment kami adalah... Read More

D’Harum Manis Homestay Port Dickson Sangat Menarik

Posted at

D’Harum Manis Homestay Port Dickson SELAMAT DATANG KE D’Harum Manis Homestay Port Dickson TERLETAK BERHAMPIRAN PANTAI PERANGINAN TANJUNG BIRU (BLUE LAGOON) DAN PANTAI PERANGINAN... Read More