HOME
Home » Alor Star » Tempat Menarik Alor Setar Kedah Yang Anda Tak Rugi Melawatnya

Tempat Menarik Alor Setar Kedah Yang Anda Tak Rugi Melawatnya

Posted at | Categorised in Alor Star

Alor Star adalah ibu negeri Kedah yang cantik dan menarik. Terdapat banyak tempat menarik yang menjadi pilihan pelancong luar dan dalam negeri. Antara tempat menarik Alor Setar termasuklah tempat-tempat bersejarah, pusat membeli-belah yang termashur seperti Pekan Rabu.

Sebagai idea tambahan untuk anda untuk membuat pilihan tempat melancong dan bercuti kami kongsikan beberapa tempat menarik Alor Star  yang boleh anda kunjungi.

Tempat Percutian dan pelancongan Menarik

Sangat seronok jika anda dapat meluangkan masa bersama keluarga bercuti di tempat menarik Alor Star ini. Jom kita layan.

Tempat Menarik Alor Setar – Menara Alor Star

Tempat Menarik Alor Setar Kedah Yang Anda Tidak Akan Lupakan

Mungkin anda belum tahu ada sebuah tempat menarik di bandar Alor Star ini yang terletak di tengah-tengah bandar. dari jauh anda boleh nampak Menara Alor Star. Menara kedua tertinggi di malaysia ini adalah mercu tanda bandaraya Alor Star dan merupakan daya tarikan utama pelancong yang datang ke sini. Rugi jika anda tidak singgah ke sini.

Dari menara setinggi 88 meter ini, anda boleh melihat pemandangan menarik seluruh bandaraya dan dapat melihat saujana mata memandang sawah padi yang menghijau. Jangan risau anda disediakan dengan teropong otomatik untuk melihat pemandangan dengan lebih jelas.

Untuk menjamu selera, sebuah restoran berputar terdapat di atas menara ini iaitu Restoran Berputar Seri Angkasa. kedudukannya lebih tinggi dari observation area. Restoran ini dibuka dari pagi hingga ke malam yang boleh menampung seramai 150 pelanggan pada satu-satu masa.

Menikmati panorama bandaraya Alor Star dari menara ini sangat seronok. Ianya adalah destinasi menarik yang tidak harus dilepaskan apabila berkunjung ke utara Malaysia yang menawarkan pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan.

Harga Tiket Bagi Warganegara Malaysia:

Dewasa: RM9.
Pelajar: RM9.
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU: RM5.

Menara Alor Setar
Lot 99, Lebuhraya Darul Aman,
05100 Alor Setar,
Kedah.

Tel: (604) – 720 2234 / 720 2901

Tempat menarik Alor Star – Muzium Padi Alor Setar

Tempat menarik Alor Star - Muzium Padi Alor Setar

Anda pernah tengok alat ini? Jika belum berkunjunglah ke Muzium Padi Di Alor Setar

Jika anda ingin keutara Semenanjung, jangan lupa singgah ke muzium padi ini. Anda akan dapat belajar banyak perkara tentang penanaman padi. Ilmu yang sangat berguna untuk generasi sekarang untuk mengetahui bagaimana beras yang kita makan setiap hari dihasilkan, bermula dari pemilihan biji benih, penyediaan tapak hinggalah proses pengilangan, segala ilmu ini terdapat di muzium ini.

Terletak kira-kira 13 kilometer dari bandaraya Akor Star terdiri dari 7 buah bangunan dengan bangunan utama berbentuk gemai padi yang didirikan di atas tapak seluas 12,000 meter persegi.

Dipamerkan segala peralatan, barangan dan lukisan yang berkaitan dengan proses penanaman, penuaian hingga ke pemprosesan padi sehingga menjadi beras.

Apabila berada di dalam muzium ini perasaan teruja melihat peralatan sebenar yang digunakan oleh petani pada zaman dahulu. Lebih menyeronokkan suasana latar belakang dengan lukisan pemandangan sebenar yang sangat menarik dan sangat meninggalkan kesan dalam hati.

Bukan sahaja peralatan lama, malah teknologi terkini berkaitan tanaman padi juga dipamerkan. Sangat sesuai untuk mengadakan rombongan sekolah atau percutian keluarga kerana bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malahan juga dapat menambah ilmu.

Waktu pameran:
Setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Hari Jumaat: Tutup pada jam 12.30 tengahari – 2.30 petang.

Harga tiket masuk sangat murah dan berpatutan:
Dewasa: RM5.
Kanak-kanak: RM2.
Pelajar sekolah: RM2.

Lokasi / Alamat:
Muzium Padi Kedah
06250 Alor Setar,
Kedah.

Tel: +604 -735 1315

Tempat Menarik Alor Setar – Gua Gunung Keriang

Gua Gunung KeriangJika anda melawat Muzium Padi, ambil kesempatan melawat Gua Gunung Keriang kerana ianya tidak jauh dari muzium tersebut.  Tempat menarik semulajadi ini sesuai dikunjungi oleh semua lapisan kerana telah di sediakan tangga untuk anda meneroka bahagian dalam gua ini.

Selain itu anda juga boleh beriadah di taman yang disediakan serta mendaki mendaki ke puncak gunung untuk melihat keindahan pemandangan sawah padi yang luas terbentang.

Gua-gua lain yang menarik untuk diteroka ialah Gua Terus, Gua Pelamin dan Gua Seribu Bayur yang merupakan gua batu kapur serta batu-batu kristal yang cantik terdapat di dalam gua.

Anda tidak perlu risau untuk mendaki gua ini kerana telah disediakan sebuah lif setinggi 7 tingkat bangunan yang memudahkan untuk memasuki gua ini.

Terdapat juga batu-batu kristal yang dijual sebagai cendera hati sebagi kenang-kenangan.

Sebelum anda meneruskan bacaan lihat dulu tempat penginapan di bandaraya Alor Star:

Vistana Homestay Alor Star Sawah Padi Di Hadapan Rumah

Homestay Keluarga Taman Rafflesia Alor Setar Kedah

Tempat Menarik Alor Setar – Masjid Zahir Alor Setar

Tempat Menarik Alor Setar Kedah Yang Anda Tak Rugi Melawatnya

Jika anda ke Alor Setar jangan lupa singgah di Masjid Zahir iaitu Masjid Negeri Kedah yang terletak di Lebuhraya darul Aman, alor Setar. Terletak di tengah-tengah pusat bandar, masjidnya sangat cantik selain dari tempat menunaikan solat ianya juga menawarkan pemandangan latar belakang yang sangat cantik untuk bergambar.

Masjid ini telah mencecah usia 100 tahun pada April 2016. Antara keunikan lain Masjid Zahir yang bercirikan seni bina timur tengah ini ialah ia mempunyai 261 batang tiang daripada empat jenis iaitu tiang sebatang, tiang kembar dua, tiang kembar tiga dan tiang kembar empat.

Kubah berwarna hitam yang tersergam indah dangat menarik perhatian. Kubah besar ini di kelilingi oleh 4 kubah kecil yang melambangkan rukun Islam yang lima.

Masuk ke bahagian dalam masjid akan memberikan anda ketenangan yang mendalam, sebab itulah ramai yang singgah ke masjid ini untuk beriktikaf sambil berihat. Jadi jangan lepaskan peluang mengunjungi masjid yang unik ini.

Tempat Menarik Alor Setar – Taman Jubli Emas Alor Setar

Tempat Menarik Alor Setar - Taman Jubli Emas Alor Setar

cikjatt.blogspot.my

Ingin melihat ikan berenang-renang bebas menyambar makanan dengan banyaknya? Berkunjunglah ke Taman Jubli Emas Alor Setar. Di sini anda boleh merihatkan badan dan fikiran setelah berpenat lelah bekerja menacari rezeki. Taman ini adalah destinasi menarik terutama di hujung minggu untuk beriadah bersama keluarga.

Selain dari kolam ikan di tengah-tengah taman terdapat juga  trek jogging, lapangan bermain sketboard, tempat menunggang kuda dan taman permainan kanak-kanak, yang lebih menariknya anda boleh bermain layang-layang di sini, paling tidaknya melihat berbagai jenis layang-layang yang cantik dan menghiburkan.

Lokasi:
Taman Jubli Emas
Jalan Gangsa, Kampung Suka Menanti,
05150 Alor Setar, Kedah.

Sebelum meneruskan bacaan, mungkin anda sedang mencari:

Tempat menarik untuk percutian di Malaysia

Tempat menarik negeri Selangor atau

Senarai Tempat Menarik Negeri Perak Mengikut Daerah

Tempat Menarik Alor Setar – Masjid Al-Bukhary

Tempat Menarik Alor Setar - Masjid Al-Bukhary

Fitri Hamzah – Flickr

Sebuah masjid yang tersergam indah di persimpangan Jalan Langgar dan Jalan Tun Abdul Razak menjadi mercu tanda baru bagi bandaraya Alor Setar. Masjid ini menjadi tumpuan untuk beribadat dan selain dari itu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.

Masjid yang boleh memuatkan sehingga 15,000 jemaah dalam satu-satu masa ini dibina dengan penuh kesenian. Mempunyai pelbagai kelengkapan dari tempat wuduk yang selesa hinggalah kemudahan lif.

Rekabentu masjid ini merupakan gabungan beberapa seni bina Islam yang terhebat di dunia antaranya mehrabnya ala-ala Khanaqah Sheikh Abdul Samad yang dibina di Natanz Iran, senibina menaranya pula menyerupai senibina Masjid Nabawi di Madinah. Manakala mimbarnya seperti mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir.

Seperti masjid-masjid hebat yang lain, Masjid Al-Bukhary ini juga di hiasi dengan lanskap yang cantik termasuk kolam dan laluan air yang berbenuk geometri yang di bina berasaskan senibina makam Imam Al-Bukhary di Samarkhand, Uzbekistan. Tak perlu keluar negara untuk melihat senibina yang cantik, berkunjunglah ke Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.

Nak menginap di mana?

Homestay Alor Setar 1

Homestay Alor Setar 2

Homestay Alor Setar 3

Comment Closed: Tempat Menarik Alor Setar Kedah Yang Anda Tak Rugi Melawatnya

Sorry, comment are closed for this post.

Related Post to Tempat Menarik Alor Setar Kedah Yang Anda Tak Rugi Melawatnya

Zaida Homestay Changlun Kedah Sedia 2 Unit Homestay Berhampiran

Zaida Homestay Changlun Kedah Sedia 2 Unit Homestay Berhampiran

Posted at

Zaida Homestay Changlun Kedah – Ingin mencari penginapan murah di tengah-tengah Pekan Changlun Kedah…!!! Homestay Bajet Premium dengan Pakej sarapan ringkas dengan tawaran harga istimewa. Jom... Read More

Rosira Homestay Alor Setar Menarik Selesa Murah

Rosira Homestay Alor Setar Menarik Selesa Murah

Posted at

Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum buat semua bakal penghuni Rosira Homestay Alor Setar Menarik Selesa Murah. Kedatangan anda ke bandaraya Alor setar kami alu-alukan. Pertama syukur kami... Read More

49 Homestay Alor Setar Murah Selesa Dan Terbaik Yang Jadi Pilihan

49 Homestay Alor Setar Murah Selesa Dan Terbaik Yang Jadi Pilihan

Posted at

Homestay Alor Setar murah selesa dan terbaik yang jadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. 49 Homestay Alor Setar Murah Selesa Dan Terbaik... Read More

balai besar alor setar

Homestay Rafflesia Alor Setar

Posted at

Homestay Rafflesia Alor Setar – Homestay Rafflesia Alor Setar, Rumah Semi D- 4 Bilik, Terdapat 3 buah bersebalahan, semua bilik aircond. Homestay Rafflesia Alor Setar   Terletak bersebelahan... Read More

Wieaida Homestay Alor Star

Wieaida Homestay Alor Star

Posted at

Wieaida Homestay Alor Star Berhampiran Pusat Pentadbiran Mini Putrajaya, Anak Bukit Kedah, Homestay in Alor Setar Kedah. Assalamualaikum, buat semua bakal penghuni Wieaida Homestay... Read More